• MASA


  • RAFFLESIA

  • CALENDER

    December 2016
    M T W T F S S
    « May    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • FACEBOOK LIKE BOX

KELIM

Image

Kelim

  1. Cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin.
  2. Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian. Kelim juga digunakan sebagai hiasan
  3. Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar, skrit atau sarung.
  4. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kelim yang meretas ialah 
  •  Jahitan Jelujur Halus
  • Jahitan Kia

KELEPET

KELEPET

Image

  1. Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.
  2. Kelepet biasanya terdapat pada hujung kaki seluar, hujung lengan baju, dan bahagian bawah pakaian.
  3. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang merentas ialah
  • Jahitan Sembat
  • Jahitan Silang Pangkah
  1. Jenis-jenis kelepet adalah seperti berikut:
    • Kelepet lurus
    • Kelepet Melengkung

CARA JAHITAN SILANG PANGKAH

Image

Kegunaan : Sebagai jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas tepi kain.

Cara Menjahit :

a.   Jahit dari kiri ke kananb.Jahit satu mata jahitan sembat pada satu lapisan

      fabrik di bawah tepiberjerumbai.

 b.  Tarik jarum keluar di bawah hujung jahit kia yang telah dibuat.

 c.  Buat mata jahitan berikutnya pada dua lapisan fabrik dan di atas hujung mata jahitan sembat yang 

      pertama.

 d.  Ulang jelujur halus mengikut cara ini berselang-selang dengan selapisan dan dua lapisan fabrik.

 

CARA JAHITAN SEMBAT

Image

 

KANCING

KANCING

1)   Kancing adalah Sejenis objek yang digunakan untuk membuka dan

menutup belah pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik

2)  Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan,

pinggang dan artikel rumah tangga.

3)  Digunakan untuk mengekalkan bentuk asal pakaian dan dijahit

dengan menggunakan jarum tangan atau mesin.

JENIS KANCING

1)      Butang

  • Dijahit pada baju supaya mudah dipakai dan dilucutkan.
  • Dibuat daripada plastik, kayu dan kulit.

2)      Cangkuk/ Palang

  • Dijahit pada bahagian pinggang seluar dan skirt pakaian.
  • Dibuat daripada logam dan merupakan kancing paling kukuh.

MATA JAHITAN ASAS

1)      Jahitan Kia

  • Digunakan untuk menjahit kelim meretas.
  • Digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.
  • Jahitan ini kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin.
  • Digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.

1)      Jahitan Jelujur Halus

  • Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesin.
  • Digunakan untuk membaiki kelepet meretas.

2)      Jahitan Sembat

  • Digunakan untuk menetapkan kelepet.
  • Jahitan ini halus, kukuh dan rapat serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
  • Biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.

 

 

3)      Jahitan Silang Pangkah

  • Digunakan untuk menjahit kelepet, lapik dan pita zip.
  • Digunakan juga dalam jahitan sulaman.
  • Jahitan ini halus, rapat dan kukuh.

 

4)      Jahitan Lilit

  • Jahitan ini digunakan dalam rekaan sulaman benang.

 

 

5)      Jahitan Lubang Butang

Digunakan untuk menjahit lubang butang, katub cangkuk dan palang.

 

 

6)      Jahitan Insang Pari

  • Digunakan untuk mengemas tepi fabrik.
  • Digunakan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.

 

 

Alatan Jahitan

1) Alatan Mengukur

PEMBARIS FLEKSIBEL
•Dibuat daripada plastik atau kayu yang licin
•Menanda & ukur  garisan  lurus  dan garisan melengkung

SELAMAT DATANG KE BLOG JAHITAN :) !!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, walaupun pelbagai halangan dihadapi…akhirnya berjaya juga blog ini disiapkan… Diharapkan blog ini sedikit sebanyak  dapat membantu guru dan pelajar memahami dengan lebih jelas tajuk jahitan.

Semoga Pembinaan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua…

SaLaM 1 MaLaYsIa🙂